Kenali PDK


PDK Rumah Kaseh Putra Perdana




PDK Rumah Kaseh ditubuhkan atas kesedaran untuk memberikan kehidupan kepada anak-anak istimewa ini agar tidak terus terpinggir dan hidup dalam dunia mereka sendiri. Dalam usaha memberikan satu kehidupan yang lebih bermakna kepada anak-anak istimewa ini, komuniti PDK Rumah Kaseh Putra Perdana telah menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan segala yang dirancang berjaya dilaksanakan.

Matlamat
PDK Rumah Kaseh ditubuhkan bagi membantu OKU dalam pelbagai masalah dalam menjalani proses pemulihan kendiri demi kelangsungan hidup anak-anak istimewa ini.

Objektif
Memberi kesedaran kepada ibubapa anak-anak OKU tentang kepentingan pemulihan kepada anak-anak mereka.
Memberikan proses terapi yang lebih mesra anak-anak bagi membantu mereka menjalani pemulihan.
Membantu ibubapa dan anak-anak dalam menangani masalah untuk menentukan hala tuju pada masa hadapan.
Mewujudkan sebuah PDK yang ‘sophisticated ‘ .

No comments:

Post a Comment